Kalau manusia boleh hidup sihat tanpa mengambil nyawa dan mengakibatkan penderitaan terhadap haiwan atau hidupan lain... mengapa tidak? Mengapa tak ambil pilihan tersebut?
Dalam era kini, sudah semakin ramai orang yang mengamalkan cara hidup vegan (diet berasaskan tumbuhan, tanpa daging, telur ataupun bahan tenusu). Mereka bukti manusia boleh hidup tanpa membunuh untuk makanan. Antara sebab mereka ialah:
1) belas kasihan terhadap haiwan (elakkan pembunuhan)
2) alam sekitar (mesra alam: penternakan akibat utama pencemaran & pembebasan gas-gas hijau)
3) kebuluran (bahan makanan ternakan spt soya, gandum dll diberi dlm jumlah yg besar kpd haiwan yg akan disembelih sebalik diberi kepada kanak-kanak yang kebulur.)
4) agama (saling kait dengan belas kasihan / elak pembunuhan)
Mari kita dengar suara hati, perlukah kita bunuh haiwan-haiwan yang juga ingin hidup dan mampu luahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka semata-mata untuk memuaskan selera kita?
Soalannya sekali lagi: Kalau kita boleh hidup dengan sihat tanpa pembunuhan hidupan lain, mengapa tidak?
Semua khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, ada terkandung dlm semua jenis makanan berasaskan tumbuhan, malah khasiatnya lebih dan lebih 'bersih': ia tidak datang bersama lemak haiwan yang mengakibatkan pelbagai penyakit....
Sekurang-kurangnya, kita boleh mula dengan cuba mengurangkan pemakanan daging. Banyakkan memakan buah-buahan, sayuran hijau (tanpa masak-'raw'), bijirin & kekacang. Jemputlah cuba!
No comments:
Post a Comment