Global Warming and Shortage of Food - YOU CAN HELP. IMMEDIATELY, DIRECTLY and it's EASY!
Saturday, September 27, 2008
Kawan Melayu dan Diet Berasaskan Tumbuhan (Bhgn 1)
Sebenarnya terdapat ramai kawan-kawan Melayu yg berminat dgn diet berasaskan tumbuhan atau sedang mengamalkannya. Kebelakangan ini, saya samada bertembung dgn kawan-kawan yg membincangkannya atau dengar drpd kawan Melayu yg nyatakan minat mrk.
Menarik. Memang tidak biasa kita dengar tentang kaum Melayu yg suka dgn makanan berasaskan tumbuhan. Seorg kawan pencinta alam beritahu bhw, semasa dia menyebarkan risalah-risalah ttg isu kecemasan pemanasan global dan manfaat makanan vegetarian, dia bertemu dgn seorg pengawal (Melayu) sekolah yg menunjukkan tangannya kpd kawan saya dan kata “Tengok, tangan dan kulit saya sudah sembuh, sejak saya menjadi vegetarian. Saya memang bersetuju” (bersetuju bhw makanan berasaskan tumbuhan adalah sangat penting dan bermanfaat kpd kesihatan manusia.)
Seorg lagi pengetua Melayu sekolah menengah pula tak henti memuji kebaikan diet berasaskan tumbuhan. Beliau kata bhw amalan ini haruslah bermula dari rumah dan para ibu bapa harus sedar dan pupuk tabiat pemakanan yg baik ke atas anak-anak mrk dari kecil, utk kesihatan diri dan alam sekitar.
Seorg lagi pengetua Melayu sekolah asrama menambah bhw pemakanan diet vegetarian sebenarnya berkaitan dgn kerohanian diri, dan kalau kita ingin meningkatkan tahap kerohanian (kealiman) atau kesucian kita dgn Allah, pemakanan daging perlu dikurangkan atau dihentikan. Ia bergantung kpd betapa mendalam amalan ibadah seseorg. Kata beliau “BILA KITA MAKAN DAGING, HATI KITA MENJADI LEBIH KERAS.”
(Akan disambung lagi...)
(Gambar di atas: Pelajar-pelajar Melayu di Sekolah Menengah Cochrane sedang menikmati burger vege mereka pada sambutan Hari Guru 2008, di mana kami dijemput oleh pihak sekolah utk menghidangkan burger vege dan kek vegan kpd sekolah tersebut.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment