Monday, September 29, 2008

Kawan Melayu dan Diet Berasaskan Tumbuhan (Bhgn 2)


Seorg lagi pengetua sekolah asrama menambah bhw pemakanan diet vegetarian sebenarnya berkaitan dgn kerohanian kita, dan kalau kita ingin meningkatkan tahap kerohanian (kealiman) atau kesucian kita dgn Allah, pemakanan daging perlu dikurangkan atau dihentikan. Ia bergantung kpd betapa mendalam amalan ibadah seseorg. Kata beliau “BILA KITA MAKAN DAGING, HATI KITA MENJADI LEBIH KERAS.”

Puan pengetua juga menambah bhw ladang ternakan amatlah kotor dan banyak mencemar kawasan air petempatan. Sumber-sumber air ini juga merupakan sumber air minuman dan pembersihan para penduduk di sekitarnya.

Dan baru beberapa hari yg lepas, seorg kawan Melayu saya, Alia beritahu hasratnya utk lebih mengamalkan pemakanan tumbuh-tumbuhan. Dia ingin cuba berhenti makan daging lembu dan ayam. Kawan saya ini juga bersetuju bhw daging perlu dikurangkan khasnya kalau seseorg mengidap penyakit kanser.

Tidak pernah saya dengar ttg sebarang rawatan kanser yg tidak memerlukan pemakanan daging dihentikan. Alia bersetuju dan memberitahu bhw adik dia juga didiagnos dgn suatu tumbesaran, dan doktor juga telah suruh adik Alia supaya kurangkan pemakanan daging.

Dan terdapat seorg lagi pemuda Islam. Beliau mengatakan bhw dia sebenarnya amat suka memakan sayur-sayuran. Dia tidak memakan daging atau apa saja yg berkaki empat. Dia juga bersyukur krn ibu bapanya amat memberi sokongan ke atas amalannya yg sihat itu dan tidak pernah menyusahkannya.

Nampaknya ramai juga kawan-kawan Melayu kita yg menyokong dan merupakan vegetarian, atau amalkannya secara ‘part-time.’ Gembira utk mendengar kisah-kisah kawan Melayu ini.

Di sini saya ambil kesempatan utk menyatakan sokongan saya terhadap amalan mereka ini yg mulia dan penyayang. Semoga sihat, gembira dan damai sentiasa. Semoga dilimpah rahmat Syurga.

1 comment:

Guest On Planet said...

A big welcome to our Malay plant-based diet supporters, :)