Pada hari pertama Eco Film Fest, datang seorang wanita dlm usia 30an ke sudut Supreme Master TV kami. Terlupa nama saudari yg ceria ini, utk kini, kita panggil Azlina. Azlina menyatakan bhw sejauh ini, kami sajalah yg menggunakan recycled paper utk mencetak risalah kami. :)
Beliau mendengar kami dgn penuh perhatian. Beliau juga tertanya-tanya kenapa pihak berkuasa kurang menitikberatkan masalah alam sekitar dan pemanasan global ini kerana ia adalah masalah semua orang, bukan masalah sesuatu bangsa atau negara tertentu sahaja.
Banyak yg diperbualkan. Azlina mendapat tahu kenapa industri pemakanan daging mampu mempengaruhi kesihatan Bumi menerusi penghasilan daging yg banyak mengeluarkan karbon serta metana drpd penternakan. Beliau kini juga faham bagaimana penternakan ikan juga boleh merosakkan keseimbangan ekosistem alam.
Saya rasa amat gembira dpt bertemu dan berbincang dgn Azlina yg amat berfikiran terbuka. Beliau bersetuju bhw pemakanan berasaskan tumbuhan sememangnya adalah sungguh baik bukan sahaja bagi Bumi tapi bagi kesihatan manusia.
Rupa-rupanya terdapat seorg kawan Azlina yg pernah mengidap penyakit kanser di bhgn hidung/muka tapi kini sudah sembuh sepenuhnya. Bila ditanya bagaimana, Azlina kata kawannya berhenti memakan daging dan hanya amalkan pemakanan berasaskan tumbuhan serta memakan bahan organik sahaja. Doktor amat terkejut dgn penyembuhan drpd kanser itu. Jadi memang ada bukti, pemakanan daging memudaratkan kesihatan manusia.
Sungguhpun Azlina kini bukan lagi seorang vegetarian, namun beliau dgn penuh positif berkata bhw dia sudahpun kurangkan pemakanan daging,...malah sebenarnya beliau seringkali dlm dilemma samada harus bertukar sepenuhnya kpd diet vegetarian, sehingga kini, setelah berjumpa kami, banyak soalan batin beliau telah terjawab.
Kami berharap semoga Azlina sentiasa sihat dan diberkati dlm perjalanan beliau menuju ke arah kehidupan seorg vegetarian yg mesra alam, sihat dan berbelas kasih.
1 comment:
How I wish more Malay friends will understand that plant-based food has got nothing to do with religion. It's indeed a very effective way to curb global warming; to improve one's health; to help the country to cut down huge hidden medical & environmental cost; to help to keep a healthy environment and even your healthy physical body for your loved ones.
May more Malay friends be blessed with this information, and lead a healthy & green lifestyle.
Post a Comment