Saturday, February 14, 2009

Bersuara bagi haiwan² yg tak berdosa di Malaysia


Laungan yg menikam hati tidak diendahkan. Badan dihempap ke atas tanah sambil leher dijerut....leher dijerut sehingga mati, nyawa yg bernilai dilemaskan. Begitulah antara kekejaman yg berlaku di sekitar bandar Kuala Lumpur, di bawah tangan pekerja DBKL.

Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan kita? Begitu keras ke hati kita?
Sungguhpun mrk haiwan-haiwan liar, mrk tidak berdosa.

Namun syukur kpd segelintir masyarakat penyayang Malaysia yg datang bersatu menuntut hak dan keadilan bagi kawan-kawan haiwan kita yg lemah, kezaliman tersebut didedahkan. TV3 turut menyiarkan penderitaan dan kekejaman berlaku di sebalik pintu Pusat Kurungan/Kembiri Haiwan DBKL.

Malah di halaman berhampiran tapat DBKL tersebut, terdapat bangkai-bangkai haiwan terbunuh yg dibuang begitu sahaja secara terbuka. Cara pengedalian sebegini oleh pihak berkuasa amatlah dikesali.

Walau bagaimanapun, Dr Zainol Ariffin, Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, berjanji akan menjalankan siasatan dan memberi penerangan kpd tuntutan pencinta-pencinta haiwan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut ttg protes secara damai hari itu dan susulan penyiasatan serta tindakan yg diambil, sila kunjungi
http://malaysiandogsdeservebetter.blogspot.com/

atau tontoni klip 360 di www.TV3.com.my

Terima kasih kpd 'Malaysian Dogs Deserve Better', sebuah projek kebajikan anjing oleh Inisiatif Pembangunan dan Integrasi Komuniti(CDII) krn bersuara bagi pihak kawan-kawan haiwan kita.

Semoga kita sentiasa dirahmati Yang Maha dgn lebih kasih sayang dan rasa hormat.

No comments: