Monday, November 9, 2009

Update dari pencinta alam

Dah lama saya tak buat posting. Rakan seblogger saya kata kalo saya tak nak lagi, kita hentikan blog ini. Terasa jugak dengar kata dia :)
So ini dia, posting baru saya...

update diri saya: dah mula buat garbage enzyme (enzim sampah). Bapak saya ada buat dulu tapi tak berjaya sangat. My first garbage enzyme saya "reuse", pakai CD plastic holder yg membulat dan tinggi berbentuk silinder tu, sebagai bekas, (tengok contoh gambar bekas CD ni), terbalikkannya, letak gula merah, sisa buah-buahan dan air dalam nisbah, 1 (gula merah) :3 (sisa buah) :10 (air) dan tutup cover dia, balut kelilingnya dengan plastik ("reuse" plastik pakej tisu tandas) utk pastikan ia kedap udara. Memang mudah.

Kalo nak tahu lagi tentang enzim sampah, layari (ini saja yg lebih komprehensif tentangnya dalam bahasa Malaysia): http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/2008/08/kebaikan-enzim-sampah-kuasa-untuk.html

Cubalah kalo boleh, enzim ini banyak sangat manfaatnya.

Hangat, hangat!!!

Laporan PBB 2006 http://www.fao.org/newsroom/en/news/2006/1000448/index.html sebelum ini menyatakan bhw industri penternakan dan daging mengakibatkan 18% pengeluaran gas rumah hijau, lebih drpd semua jenis pengangkutan
di dunia tapi laporan terbaru oleh Goodhand & Anhang drpd World Watch Institute yg ternama dan berprestij mendapati bhw ternakan dan hasil sampingan mrk sebenarnya mengakibatkan 51% drpd jumlah pengeluaran gas rumah hijau dunia!!!
http://www.worldwatch.org/node/6294

update tentang apa yg hangat di Supreme Master TV: banyak!
1) Al Gore sudah mengaku bahawa diet berasaskan tumbuhan akan membantu kurangkan pemanasan global dan beliau sendiri dah semakin banyak makan makanan vegetarian!!!! :D
http://meatthefacts.org/wp/2009/11/05/turn-vego-to-save-planet-gore/

2) Persidangan Perubahah Iklim Washington DC yg diadakan baru-baru ini (5 Nov) menonjolkan ramai VIP yang membentangkan pendapat dan laporan mereka tentang kepentingan mengamalkan diet berasaskan tumbuhan utk menangani masalah pemanasan global sebelum ia sampai ke tahap tak boleh patah balik, di mana walau apapun yg kita lakukan selepas tahap itu, planet tak akan dapat diselamatkan lagi. Masa tak banyak.

http://wadcconference.com/


OK ada lagi... akan disambung tak lama lagi :)

No comments: