Friday, August 8, 2008

Pilihan Mudah, Kesan Mendalam


Ramai member I kata: tak guna kalau saya sorang yg makan (vegetarian)
ada yg kata: mereka semua sudah mati, dah disembelih, kalau tak makan, membazir la. Dan banyak lagi alasan yg diberi.

Pi ingatlah, kalo takde permintaan, takde bekalan. So, lagi kurang permintaan, lagi kurang lah yg disembelih, lagi kurang la haiwan diternak, lagi kurang penggunaan air, tenaga, pencemaran air, udara, lagi kurang penebangan hutan utk membuat ruang bagi industri ternakan dan daging / kawasan ragut haiwan ternakan. Kurang lagi pengangkutan daging ini ke merata tempat yg sentiasa perlukan pembekuan... Blah, blah....

Hal ni memang ikut pilihan diri. Dlm hidup kita, semua yg berlaku hasil pilihan kita. Segalanya, walau sekecil mana pun pilihan tu kelihatan, ia masih membawa perubahan.

Bagai apa yg berlaku di mana-mana negara, khasnya Malaysia, mengapa setiap rakyat, didesak utk membuat undian mrk semasa pilihanraya, kerana itulah akarnya. Setiap manusia mempunyai kuasa utk membawa perubahan. SETIAP SEORANG. Keadaannya sama. Kaitan yg sama.

Bagi korang yg tak tau lagi:

Kawasan hutan hujan seluas saiz 7 padang bolasepak dimusnahkan setiap minit utk dijadikan kawasan ragut bagi lembu-lembu ternakan.
sumber: http://www.un.org/apps/news/

Pada hakikatnya industri daging menyebabkan penebangan hutan, hakisan tanah, kekurangan kawasan paya, pencemaran air dan udara, perubahan iklim, penghijrahan penduduk, penyebaran pandemik, ekologi yg tdk seimbang dll.

So, utk diri kamu dan demi generasi masa depan, kurangkanlah pemakanan daging..mudah saja...katakan sehari setiap minggu, kamu makan makanan berasaskan tumbuhan saja.
Elakkan sebarang daging utk hari itu.Semua orang boleh lakukannya. Cuma samada rela atau tidak.

No comments: