Hujan turun lebat. Aku sedang memandu pulang bila aku lalui sebuah lori besar, belakangnya penuh dgn sangkar² yg ditimbun tinggi secara terbuka di belakang lori itu. Setiap sangkar sempit dan kecil, muat dgn ayam-ayam. Penuh, semua ayam tak bergerak langsung. Serta-merta hatiku rasa terpenggal. Aku rasa amat simpati dengan mereka.
Basah, sejuk, sempit, sesak nafas, busuk, najis bertaburan di seluruh badan, demam, berpenyakit,… sengsara sekali. Aku terfikir, nanti sampai rumah sembelih, banyak lagi penderitaan dan penyeksaan yg sedang menunggu. Hiba sekali hatiku. Aku hanya boleh berdoa untuk mereka.
Tidakkah manusia lihat, haiwan yg mereka sayangi seperti kucing dan lain-lain, yg mereka akui tahu rasa sakit dan sengsara, serupa dgn haiwan-haiwan ini, yg mereka santapi setiap hari..........
No comments:
Post a Comment