Thursday, October 2, 2008

Penterjemahan Penulisan Dr. Rajendra Pachauri, ketua IPCC, PBB


Berikut ialah penterjemahan sebahagian penulisan Dr. Rajendra Pachauri (daripada bahasa Inggeris) dlm blog beliau: Blog Dr. R K Pachauri
=========================================
Perubahan Cara Hidup untuk Planet yang Sihat

Beberapa minggu yang lepas, saya telah berceramah secara awam tentang manfaat pengurangan makanan daging sebagai cara untuk kurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Seperti yang telah dijangkakan, hasilnya, saya telah terima beberapa komen yang positif dan sejumlah lain yang merupakan kritikan tegas. Tujuan saya mengutarakan isu ini hanyalah untuk mewujudkan perdebatan dalam subjek ini. Laporan sintesis yang merupakan sebahagian daripada Laporan Penilaian Keempat, Panel Antara Kerajaan bagi Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan dgn jelas, “Juga terdapat persetujuan dan bukti medium bahawa perubahan dalam gaya hidup dan corak tingkah laku boleh menyumbang kpd pengurangan perubahan iklim melibatkan semua sektor. Amalan pengurusan juga boleh mengambil peranan yg positif.” Dalam pandangan saya, suatu komponen penting perubahan gaya hidup yg berkaitkan perubahan dlm diet, mengikut fakta boleh membawakan peningkatan dlm kesihatan manusia. Dlm kes pemakanan daging, terdapat manfaat yg bukan saja terhadap individu yg mengurangkan pemakanan daging tetapi juga manfaat dari segi pengurangan pengeluaran gas rumah hijau.

Organisasi Makanan dan Agrikultur (FAO) mengeluarkan suatu laporan dlm 2006
yg menganggarkan pengeluaran gas rumah hijau dari agrikultur sbg keseluruhan, yg mana sebanyak 80% adalah disebabkan penghasilan haiwan ternakan. Ini terdiri drpd 18 % pengeluaran gas rumah hijau drpd aktiviti manusia. Suatu perbandingan menarik antara suatu hidangan vegetarian dan stik daging, sbg contoh, yg dibekalkan oleh The New York Times dlm naskah 27 Januari 2008 amatlah terserlah.
Sebuah hidangan terdiri drpd 1 cawan brokoli, 1 cawan terung, 4 auns kubis dan 8 auns nasi menghasilkan persamaan 0.4 paun keluaran CO2. Di sebelah yg lain, 6 auns stik daging menghasilkan persamaan 10 paun keluaran CO2, yg mana adalah 25 kali lebih banyak drpd hidangan vegetarian mengikut perbandingan.

No comments: