Global Warming and Shortage of Food - YOU CAN HELP. IMMEDIATELY, DIRECTLY and it's EASY!
Wednesday, October 8, 2008
Tumbuhan Indah yg Serap Gas Tercemar
Berikut ialah bbrp pohon kecil yg indah, yg boleh diletak dlm rumah, pejabat atau tempat merokok, utk menyerap gas atau asap tercemar di udara.
1) yellow palm (Chrysalindocarpus lutescens)
- boleh menyerap gas monoksida, gas pencemar udara yg utama, keluaran kenderaan dan kilang-kilang. Jenis yellow palm yg lain juga merupakan penyerap gas pencemar yg baik. Ia mampu menghasilkan seliter wap air dlm masa 24 jam, yg membolehkannya menyerap sejumlah besar gas beracun.
2) Paris lily (Cholorophyllum clevelandii)
- boleh menyerap gas monoksida.
3) Tumbuhan aglaonema(Aglaonema brevispathan)
-boleh serap formaldehyde dan benzena. Benzena ialah sebatian kimia yg berbahaya, ditemui dlm minyak, bahan api dan asap rokok, yg boleh mengakibatkan ludah dan sakit kepala bila kita terdedah kpdnya dlm dos yg banyak.
4) lidah mertua, or sansieveira (Sansieviera trivasciata)
Daun lidah mertua mampu menyerap gas beracun, formaldehyde, pada kadar 0.938 gram/jam.
Gas formaldehide merupakan gas tak berwarna yg mengganggu pernafasan. Ia terbebas daripada asap pembakaran hutan, asap dari sistem ekzos kenderaan dan asap rokok.
Gas berbahaya ini biasanya digunakan utk kekalkan mayat, sbg bahan pengawet dlm cat, salah satu ramuan dlm kosmetik dan ubat, dan dlm pemprosesan kayu.
Pohon indah, penyegar udara berkesan yg lain ialah:
5) blanceng, or Chinese evergreen (Araceae)
6) sirih gading (Scindapsus aureus)
7) lidah buaya (Aloe vera)
Pokok tumbuhan dlm pasu kecil ini, harus dipindah ke luar, utk menyerap cahaya mahatari, setiap dua atau tiga hari. Baja organik boleh digunakan untuk tumbuhan ini.
Sumber (source, in English): http://www.thejakartapost.com/news/2008/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment