Saturday, December 6, 2008

Kasih Sayang Seekor Ibu Ikan


Dua hari yg lalu, kak janitor tanya, “adik tak makan daging,…ikan, telur.. semua tak makan? Habis makan apa?.........."

Kak pun tanya mengapa. Saya beritahu tujuan utamanya adalah krn saya kesian dgn mrk. Mrk pun tak nak mati begitu, kalau cuba tangkap mrk, mrk larikan diri krn mrk pun ada perasaan. Mereka rasa takut. Mereka tahu rasa sakit. Mrk pun ada kasih sayang spt kita manusia. Jaga anak-anak. Besarkan anak mereka.

Mendengarkan itu, kak berkongsi ceritanya dgn saya, “Dulu akak, masih di kampung, Indonesia, nampak ikan tu, serkap anak-anak dia dlm mulut nak selamatkan anak dia."

Hmmm… menarik.

“Kak nampak ye!?”

"Hah, ya aku nampak. Pasal dulu, kita ada kolam ikan, ikan tilapia yg besar tu. Kita ambil jaring masuk dlm air, ibu ikan tu datang dan serkap anak-anak dia yg kecil, semua masuk ke dlm mulut dia. Disimpan dalam mulutnya."

“Lepas tu, kak mana tahu dia memang simpan dlm mulut dia?”

“Aku nampak!..... Kita sorok dekat belakang dan tengok. Nampak! Dia ingat kita dah pergi. Lepas tu, dia keluarkan semula anak-anak dia, semua masih hidup. Iyaa…" Kak tersenyum.

Ikan pun tahu sayangkan anak-anak mereka. Semoga kita, umat manusia tidak ambil masa terlalu lama utk sedari nilai kehidupan dan nyawa semua hidupan di Bumi.

Banyak lagi yg blh kita makan. Sayur²an dan buah²an. Bijirin dan kacang. Semuanya cukup dgn nutrisi yg diperlukan badan. Sihat utk diri dan alam sekitar serta tanpa perlu membunuh makhluk hidup yg lain.

2 comments:

cici_silent said...

template kita sama ya, slm kenal...

pencinta alam said...

Salam...

Terima kasih krn singgah di sini.
Aku suka blog kamu. Banyak yg blh dipelajari :)

Moga cici selalu diberkati Yang Maha