Global Warming and Shortage of Food - YOU CAN HELP. IMMEDIATELY, DIRECTLY and it's EASY!
Wednesday, December 3, 2008
Sehari Tanpa Daging
Baru-baru ini Malaysian Vegetarian Society telah mengadakan Meatless Day suatu majlis / persidangan utk tandatangan ikrar bagi menjadi vegetarian utk sehari. Majlis ini diadakan di Taman Tasik Titiwangsa dan dihadiri oleh Yang Berhormat, Datuk Dr. Liow Tiong Lay, Menteri Kesihatan Malaysia.
Ramai org yg tanya "mengapa hanya sehari?" Menurut penganjur kempen, tujuannya adalah utk tingkatkan kesedaran di kalangan org ramai ttg manfaat tanpa daging, dan kemudian merenung pd sebabnya - "Jika saya blh amalkan cara hidup tanpa daging utk sehari, blh saya lakukannya utk jangka masa yg lebih panjang malahpun sepanjang hayat?"
Kempen ini adalah sejajar dgn The International Meatless - Animal Rights Day, suatu pergerakan yg bermula di Pulau Pinang pd thn 1996, utk membangkitkan kesedaran minda dan hati orang ramai.
Setiap ikrar melibatkan tandatangan secara sukarela. Org-org yg turunkan tandatangan tlh dengar rayuan ini dan ambil keputusan utk hidup tanpa pemakanan/penggunaan daging ut sehari. Ia mungkin suatu langkah yg kecil namun penting.
Amalan diet tanpa daging memberi kesan yg besar terhdp manusia dan Bumi. Ia bukan sahaja mengurangkan industri penternakan haiwan yg merupakan penyumbang terbesar pemanasan global, tapi ia juga adalah bagi melindungi hak-hak haiwan, hidupan, rakan sepenghuni Bumi dan menegakkan semula nilai-nilai kemanusiaan.
Amalan diet berasaskan tumbuhan mampu membawakan pemikiran sihat dan memupuk belas kasih seseorg manusia yg seterusnya mampu mempengaruhi pembawaan seseorg itu, justeru itu membawakan keamanan kpd manusia sejagat di atas Bumi. Cubalah namun utk sehari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment