
Tahukah anda bagaimana datangnya makanan yg disantapi setiap hari?
Pernahkah anda pergi melawat ke rumah sembelih?
Sesungguhpun kita masih keras hati tentang kebajikan dan penderitaan yg diharungi rakan sehidup Bumi kita, kita harus juga akui bahawa pemakanan haiwan memudaratkan bukan saja kesihatan diri kita, bahkan alam sekitar. Sudah terdapat banyak bukti kini.

Memang masuk akal, kerana haiwan yg diternak ini 'dihasilkan' secara besar-besaran. Mereka disuntik dgn bahan kimia supaya membesar dgn cepat bagi penuhi permintaan industri daging.
Haiwan ternakan yg banyak ini menghasilkan gas metana, iaitu gas rumah hijau yg sebenarnya lebih pekat dan berbahaya drpd gas karbon dioksida. Gas metana ini dihasilkan melalui pencernaan dan pembuangan najis haiwan, pemamah-biakan, pembajaan dan sebagainya.

Malah lebih teruk, sebahagian besar tanah itu digunakan sbg tanah ragut sahaja utk haiwan ternakan ini. Tanah yg diragut tidak akan subur dan akan dibiarkan begitu saja, menyebabkan lebih byk kawasan hutan yg perlu ditebang utk penternakan haiwan.


Semua ini hanya utk menjadi selapis burger anda itu! Pengeluaran karbon yg amat intensif.


Sememangnya yg di atas sekadar huraian, tapi bukan ciptaan saya sendiri. Bukti, laporan serta data saintifik keluaran para saintis boleh diperolehi dlm posting yg lepas dan pada posting yg akan datang. Sila rujuk dahulu kpd posting yg lepas.
Jadi, kurangkanlah memakan daging, jika boleh, ubahlah kpd diet berasaskan tumbuhan. Diet tumbuhan masih boleh

Lakukanlah tanggungjawab anda sbg seorg manusia yg prihatin, bertimbang rasa dan sbg hidupan di Bumi yg paling arif. Siapa lagi yg mampu membawa perubahan utk kebaikan sejagat kalau bukan kita, manusia. Sbg individu, kita amatlah berkuasa.... Bumi kita hanya satu.
2 comments:
Thank you for translating this article. I wish Malaysians of different religions will take the heed and understand that right now, a plant-based diet is more of necessity to solve an urgent climate crisis that is going to affect each & everyone of us, including the future generatations, rather than religious need. May the Most High OPEN UP OUR MIND and BLESS us !
salam.
minta izin tuan rumah untuk menjadikan artikel tuan ini sebagai bahan pembelajaran saya.
terima kasih.
Post a Comment