Global Warming and Shortage of Food - YOU CAN HELP. IMMEDIATELY, DIRECTLY and it's EASY!
Wednesday, July 9, 2008
Industri Daging dan Bumi yg Binasa
Tahukah anda bagaimana datangnya makanan yg disantapi setiap hari?
Pernahkah anda pergi melawat ke rumah sembelih?
Sesungguhpun kita masih keras hati tentang kebajikan dan penderitaan yg diharungi rakan sehidup Bumi kita, kita harus juga akui bahawa pemakanan haiwan memudaratkan bukan saja kesihatan diri kita, bahkan alam sekitar. Sudah terdapat banyak bukti kini.
Seiring dgn pemanasan global yg semakin mendatangkan bencana alam dan membunuh ribuan manusia dan hidupan lain, banyak laporan yg sudah dikeluarkan oleh para saintis serta pertubuhan dan institusi sains dan pendidikan yg terkemuka utk mengesahkan bhw punca utama pembinasaan alam datangnya dari industri penghasilan daging.
Memang masuk akal, kerana haiwan yg diternak ini 'dihasilkan' secara besar-besaran. Mereka disuntik dgn bahan kimia supaya membesar dgn cepat bagi penuhi permintaan industri daging.
Haiwan ternakan yg banyak ini menghasilkan gas metana, iaitu gas rumah hijau yg sebenarnya lebih pekat dan berbahaya drpd gas karbon dioksida. Gas metana ini dihasilkan melalui pencernaan dan pembuangan najis haiwan, pemamah-biakan, pembajaan dan sebagainya.
Selain itu, tanah akan diperlukan utk menternak haiwan. Jadi hutan ditebang utk tujuan itu.
Malah lebih teruk, sebahagian besar tanah itu digunakan sbg tanah ragut sahaja utk haiwan ternakan ini. Tanah yg diragut tidak akan subur dan akan dibiarkan begitu saja, menyebabkan lebih byk kawasan hutan yg perlu ditebang utk penternakan haiwan.
Industri daging juga memerlukan banyak penggunaan air (pencemaran air) dan elektrik. Bayangkanlah jumlah penggunaan air dan elektrik yg diperlukan!!! Daging yg dihasilkan perlu sentiasa dibekukan (pengeluaran karbon). Kemudian ia perlu dihantar, diedarkan ke merata tempat, jadi pengangkutan kenderaan amatlah diperlukan - pengeluaran karbon dioksida lagi. Akibatnya pencemaran udara yg banyak. Kalau utk dieksport ke luar negara, ia akan meningkatkan lagi penggunaan tenaga!
Sepanjang pengangkutan daging ke merata tempat, pembekuan diperlukan supaya ia tidak membusuk. Maka pengeluaran karbonnya amatlah banyak sekali. Malah sampai kpd rumah anda, pembekuan masih diperlukan.
Semua ini hanya utk menjadi selapis burger anda itu! Pengeluaran karbon yg amat intensif.
Sebelum saya terlupa, penghasilan daging amat membazirkan sumber makanan. Tahukah anda, makanan tumbuhan (bijirin, gandum dan sbg) yg boleh secara terus dijadikan makanan manusia, sebaliknya diberi kpd haiwan ternakan supaya mrk membesar sehingga sesuai utk disembelih sbg makanan kita. Dan kita semua memang tahu kini, dunia kita semakin kekurangan sumber makanan. Bukankah baik kalau sumber makanan ini dapat digunakan utk menyuap jutaan manusia yg sedang kebuluran kini!
Sememangnya yg di atas sekadar huraian, tapi bukan ciptaan saya sendiri. Bukti, laporan serta data saintifik keluaran para saintis boleh diperolehi dlm posting yg lepas dan pada posting yg akan datang. Sila rujuk dahulu kpd posting yg lepas.
Jadi, kurangkanlah memakan daging, jika boleh, ubahlah kpd diet berasaskan tumbuhan. Diet tumbuhan masih boleh bekalkan anda segala nutrisi yg diperlukan. Malah lebih sihat utk amalkan diet tumbuhan ini.
Lakukanlah tanggungjawab anda sbg seorg manusia yg prihatin, bertimbang rasa dan sbg hidupan di Bumi yg paling arif. Siapa lagi yg mampu membawa perubahan utk kebaikan sejagat kalau bukan kita, manusia. Sbg individu, kita amatlah berkuasa.... Bumi kita hanya satu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Thank you for translating this article. I wish Malaysians of different religions will take the heed and understand that right now, a plant-based diet is more of necessity to solve an urgent climate crisis that is going to affect each & everyone of us, including the future generatations, rather than religious need. May the Most High OPEN UP OUR MIND and BLESS us !
salam.
minta izin tuan rumah untuk menjadikan artikel tuan ini sebagai bahan pembelajaran saya.
terima kasih.
Post a Comment